Wednesday, December 15, 2010

Cinta Sara



Suatu ketika dulu sara pernah terluka kerana seorang insan yang bergelar lelaki dan amat dicintainya, kesilapan yang dilakukan tak mungkin dapat memulihkan segala kehidupannya.  Terlalu kecewa hingga sara memilih untuk tidak lagi hidup bersama perasaan cinta hinggalah sebuah cinta yang dia tak sangka akan hadir semula memenuhi kekecewaan yang pernah dialaminya dahulu.  Sara  adalah seorang gadis yang polos, jujur dan lembut.  Oleh kerana apa yang dilaluinya, pelbagai telah mengubah keseluruhan hidupnya. Beberapa bulan sara meneguhkan pendirian untuk tidak berdampingan dengan lelaki  dengan lebih rapat hinggalah dia menghadiri satu majlis dan di ajak rakan sekelasnya secara tidak sengaja.  Biarpun berat hati untuk pergi, sara pergi juga atas sebab ingin melupakan kedukaan yang bersarang dalam hati.  Setiba di majlis tersebut, kelihatan ramai orang yang sara tidak kenal hanya beberapa sahaja yang berpangkat ‘abang’ padanya yang sara kenali.  Sara mula rasa gelisah bila mana ada mata-mata yang cuba mencuri pandang padanya lebih-lebih lagi yang bergelar lelaki seakan dirinya dipertonton bagai boneka di pementasan. Perasaan sakit hati bercampur benci mula menyelubungi diri.   Sara cuba mengendahkan perasaan negatif yang mula bernaung dalam hati.  Sara beransur untuk ke tandas dengan ditemani rakannya.  Sara menarik nafas yang dalam ketika berada di dalam tandas dan berusaha mengusir segala kegusaran hati.  Sara tidak sesal menghadiri majlis ini tetapi sara tidak bersedia untuk berhadapan dengan orang yang dia tidak kenali kerana didalam hatinya tidak selesa untuk berhadapan dengan lelaki semata-mata untuk mencari kepuasan hidup dan melupakan kedukaan yang setelah sekian lama terikat dengan kekecewaan cara begini.  Sara segera membasuh tangan dan keluar dari tandas.  Ketika sara ingin menuju ke tempat duduknya, sara seperti terdengar sapaan seseorang tetapi sara tidak dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya kerana keadaan cahaya dalam majlis ketika itu agak suram.   Sara tidak mempedulikan sapaan itu dan menganggap mungkin diajukan pada rakannya yang berada di depannya.  Sara melabuhkan punggung di kerusi, sara kemudiannya didekati oleh seseorang dan membisikkan kepadanya sesuatu, bertanyakan bolehkah sekiranya dia mendapatkan nombor telefon bimbit sara, sara hanya tersenyum dan menaip nombornya di telefon bimbit si jejaka, perasaan sara ketika itu hanya mahu berkawan.  Pada ketika itu si jejaka tidak mendapat perhatian dari sara kerana kehadiran pengunjung lain yang agak ramai dan suasana yang bertemakan alunan muzik membingitkan dan menyukarkan sara untuk mendengar butir-butir percakapan, dengan hanya berbisik kuat baru dapat mendengar dengan jelas.  Si jejaka merapati kembali kepada sara dan mengajaknya berbual dan bertanyakan sesuatu, sara cuba menjawab dan hanya tergelak, dalam kejadian yang tak diduga teman sara yang berdiri dihadapan sara mengalami kemalangan kecil apabila matanya terkena rokok salah seorang pengunjung yang datang, dan si jejaka meminta untuk memberi ais di matanya dan sara mengikut sahaja. Malam kian larut,sebagai penutup, sara terpandang si jejaka sedang  menari dengan dua orang gadis cina, sara tidak mengendahkan kerana padanya itu cuma perkara biasa di tempat-tempat sedemikian. Sara cuba merasai keseronokan majlis dan ikut menari dengan alunan muzik dan tanpa disedari si jejaka berada di belakangnya.

Selesai majlis, rakannya mengajak sara untuk menunggu seketika. Mereka mengambil tempat di sebuah kedai makan yang berdekatan.  Seperti yang dijangka sara, mereka turut serta melepak ditempat yang sama.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering tetapi tidak tertera nama.  Sara agak resah kerana jarang mendapat panggilan tanpa nama.  Sara terdetik bahawa kemungkinan  ada di antara mereka yang berbuat sedemikian.  Lantas sara menyuarakan yang dia tidak menpunyai baki kredit yang mencukupi untuk bertanyakan siapakah gerangan yang membuat panggilan.  Sara terlihat seseorang yang duduk berhadapan dengannya di meja seakan menyembunyikan telefon bimbit.   Sara mengagak bahawa dialah yang membuat panggilan terbabit dan sara hanya tersenyum.  Selesai minum di kedai terbabit, si jejaka memanggil sara untuk bertanyakan nama dan juga laman sosial yang digunakan untuk terus berhubung. Hubungan mereka terus bersambung dengan panggilan telefon dan juga sms hingga sampai pada suatu hari sara jatuh sakit dan meminta pertolongan si jejaka untuk menghantarnya ke klinik. 

Sejak dari hari itu hubungan mereka terus akrab dan kemana sahaja si jejaka pergi pasti sara mengikutnya.  Si jejaka itu dinamakan sebagai amir dan dialah yang menyapa sara ketika sara keluar dari tandas di majlis tersebut, peristiwa tersebut membuatkan sara tersenyum dan tidak menyangka bahawa orang yang sara anggap perwatakan seakan ‘gangster’ dengan susuk yang agak comel dan tak berapa tinggi telah memikat hatinya.  Hubungan mereka semakin hari semakin akrab tetapi sara tidak sewenang-wenang menerima cinta amir kerana takut dikecewakan.  Kerana percaya amir tidak akan memungkiri janji-janji  padanya, dalam masa beberapa minggu sara menerima cinta amir dengan hati yang terbuka.  Sara terlalu cintakan amir bukan kerana apa sekalipun, kerana sikap amir yang boleh membahagiakan dan menyenangi sara membuat sara lupa pada kisah-kisah silam.  Sara bahagia disamping amir tapi siapa sangka terang yang menyuluh hanya mampu bertahan seketika. Cinta yang bersemi dikotori dengan kehadiran kekasih lama sara yang mengganggu hidup sara kembali.  Namun sara mampu bertahan dan melawan segalanya demi mempertahankan cintanya terhadap amir. 

Kata orang tak mesti pengorbanan yang dibuat tu akan mendapat balasan yang kita harap-harapkan.  Amir kian menjauhkan diri dari sara atas sebab apa sara sendiri pun buntu.  Genap sebulan sara dibiar tanpa kata, hanya sekali sekala bertanya khabar.  Sara tidak pernah bergaduh dengan amir,  jauh sekali untuk berkasar dengannya.  Sara sangat rindukan amir hingga satu hari sara jatuh sakit, amir langsung tidak mengetahuinya hanya kenalan rapat sahaja yang mengetahui.  Sepanjang perkenalan sara dengan amir, sara sangat mengerti perwatakan dan sikap amir yang sukar untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Tapi kali ini berlainan kerana hingga melibatkan sara. Sara hanya ingin amir tahu bahawa dia sangat menyayangi amir, tidak kira apa sebab pun sara tetap menunggu amir namun khabar demi khabar yang mendukacitakan sara terima membuatkan sara jatuh. Pelbagai telah sara lakukan untuk melupakan segala yang berlaku, apa yang sara fikirkan sekarang dia cuma sampah yang tunggu masa untuk dilupuskan. Hidup sara terumbang ambing kerana tuntutan janji pada amir yang hilang tanpa kata. Sara kecewa dan terjebak dengan perkara yang dia sendiri tidak pernah lakukan seumur hidup, sara sangat sesal dengan perbuatan yang dia lakukan.  Demi cinta dia pernah bersumpah yang dia tidak akan menerima cinta yang lain jika sesuatu berlaku dalam hubungan mereka.   Kini hati sara tertutup rapat untuk lelaki.  Entah bila masa pun sara tidak tahu akan terbukanya untuk seorang manusia bernama lelaki. Hatinya hancur luluh dengan kepergian amir, lalu sara jatuh sakit akibat perbuatannya.  Sara terpaksa bergantung dengan hidupnya yang masih ada entah sampai bila namun sara redha jika nyawanya diambil dulu daripada amir kerana dia tidak mahu amir cintakannya atas sebab simpati.  Sara hanya mahu cinta amir yang tulus seperti saat awal perkenalan mereka. Kini sara sedang menerima seksaan yang nyata.  Sara sangat berharap dapat bertemu dengan amir untuk kali yang terakhir ternyata permintaan itu sangat sukar bagi mereka.  Sara pasrah lagi sekali, hampir setiap malam sara menangisi apa yang telah terjadi, apa yang berlaku sebenarnya masih menjadi persoalan dalam benak sara.  Demi memenuhi hasrat dan kerinduan sara untuk menatap wajah amir untuk kali terakhir, sara telah coretkan sebuah nota untuk amir baca...namun takdir lebih menyebelahi sara, sara telah hilang dan terus lenyap..tiada lagi SARA..

Nota Buat Amir,
Amir, pernahkah kita berbicara dari hati ke hati tentang hubungan kita? Pernahkah Amir suarakan apa yang terbuku dalam hati? Sara sangat menyayangi Amir, Sara mulai hidup  Sara yang baru demi Amir, Amir jiwa Sara dan Amir sumber untuk Sara masih berdiri teguh disini. Tanpa lafaz juga Sara menerima Amir dengan hati yang terbuka, begitu juga Amir. Tahukah Amir begitu besar nilai cinta Sara pada Amir setelah Sara teruk dikecewakan? Amir mengajar Sara erti hidup yang kecil ini walau derita manapun yang akan berlaku Amir minta Sara harunginya. Sara sedang mengharunginya sayang...seorang diri, kekasih yang Sara cintai telah pergi tanpa kata....Sara masih mendamba kasih Amir, Sara masih mengharapkan cinta Amir namun apa yang telah Sara buat..Sara telah melepaskan Amir, insan yang Sara telah berjanji untuk bahagia bersama. Dimana silapnya sayang..adakah Sara yang bersalah..Amir mungkin tidak akan perkatakan. Sara tahu perit yang Amir rasa suatu ketika dulu dan kini Sara pula merasainya bagi pihak Amir. Amir tahu kan latar belakang hidup Sara dan Sara bukan wanita yang sempurna untuk Amir.. sayang. Amir berhak mendapat yang terbaik untuk diri Amir..Sara hanya ingin Amir tahu bahawa Sara tidak perlukan yang terbaik dari Amir untuk Sara, Sara cuma mahukan hidup Amir kembali..hidup Amir yang dulu.....akhir kata Sara harus pergi meninggalkan segala sisa-sisa yang masih ada dengan sejuta doa mengiringi Amir untuk masa hadapan..harapan Sara agar Amir bahagia dengan apa yang Amir lakukan...Amir tetap dalam ingatan Sara walaupun pemergian Sara kali ini mungkin untuk selama-lamanya
                                                                                                Kasih  AMIR,
                                                                                                            SARA” 



to be continued.. 


No comments:

Post a Comment